Kenapa Nuffnang Jadi macam ni ???????

10:27:00 PM | 14Comments
Assalamualaikum.

Sesiapa please help me ! huwaaaa. Rasa nak menangis tengok. Cerita dia macam ni, semalam aku nak bukak account nuffnang aku, but then tetiba dia keluar something yang pelik. Apa yang aku nak cakap kan ni, aku TAK BOLEH bukak account Nuffnang aku !!! :'( Mula-mula, aku macam chill chill jelah tapi hari ni aku try nak bukak tapi the same thing jadikkkk !!!! aku still Tak boleh bukak account Nuffnang aku !! whyy ? whyyy ? whyyy ? Someone please help me ! :'(

tengokk ni dia keluar apa bila aku nak bukak account nuffnang aku..

huwaaaa !! see ?! kenapa yee ? kenapa ?! kenapa ?? aku dah lahh kurang terer bab bab gini.. please help meehhh ! >.<

SEGMEN : THENAMYBLOG 1ST ANNIVERSARY

4:03:00 AM | 7Comments
Assalamualaikum ! ^^

Kali ni aku nak join segmen TheNamyBlog pulakkk. mwahaha. kann dah cakap tadi tetiba aku rrraaajiinn sangat waktu pagi buta camnih. huhuhu.

Dari apa yang aku baca, segmen ni dibuat untuk meraikan first anniversary blog "TheNamyBlog" ! wahhh, see?! siap kiraa macam celebrate lagi birthday blog! Blog aku ni dah nak masuk 5 tahun tapi takde nak celebrate apa punn.. kahhh! nampak sangat aku ni kurang rajin. hahaha. Jomm laa sama sama join segmen ni untuk kita kenal each other. :p Jangan lupa pergi visit TheNamyBlog sebab blog dia pada aku quite simple tapi kemas and dak patenn sukaa tengokk. With the garis-garis background yang very colourful, comel sangatt taw!


Jangan tengok je, join sekali ye kakak,abang,adik semua! Klik SINI or Banner. :)

Comelkan gambar segmen ni? berbunga-bunga cuollss.. tak mampu dak patenn! huhu.

Terima Kasih sudi baca! :p

SEGMEN : SAYA SAYANG BLOG SAYA !

3:39:00 AM | 2Comments
Assalamualaikum ! :)

Memandangkan aku ada gap 3 hari lagi untuk paper final yang terakhir, so malam ni aku jadi terrrajinn nak men'join'kan diri dalam segmen! :) hee. Okay! so, segmen kali ni "Saya Sayang Blog Saya!" aloo.. siapa je yang tak sayang blog sendiri. Kat sini laa aku nak bercengkerama, nak berleter, nak bising, nak marah, nak meluahkan perasaan tension and sewaktu dengannya. Kadang aku merapu meraban pun dekat sini lahh. Nak merapu dekat kawan kang dibaginya kick apa pun tak dapat. huhu. >.< Jadi, kitaa sayang sangat dekat blog kita ni.. Kahhh. 

So gaisss, lets join ! :D


nak join ? Klik SINI or Banner. :)

Jom kita pakat meriahkan segmen ini! :p

Terima Kasih sudi baca! :)

Bukan mudah nak kuat . . .

3:14:00 AM | 2Comments
Assalamualaikum.

Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Kadang bila datang perasaan putus asa tu aku rasa macam seolah hidup aku ni makin lama makin complicated. Mula rasa nak  berhenti belajar. Mula rasa macam dah malas nak fikir pasal semua yang aku tengah lalui. Sampai satu tahap aku boleh terfikir yang aku harap aku amnesia supaya aku tak payah nak rasa semua ni. Allah, beratnya ujian. Nak cakap yang aku mudah putus asa? Ya, kadang-kadang. Tapi, kalau aku terbawa-bawa perasaan putus asa tu, aku rasa memang tak lama aku boleh survive. Jadi, aku cuba. Cuba sebolehnya untuk terus kuat hadap semua ni. Cuba untuk terus tersenyum walau pada hakikatnya Allah je tahu apa yang aku alami sekarang. Nak cakap yang hidup aku ni banyak sangat ujian. Tapi aku cuba fikir positif. Kat luar sana lagi ramai family yang hidup dia lagi susah. At least, aku masih ada papa, ada family. Bersyukur !

Aku cuba sentiasa berfikiran positif walaupun masa tu aku rasa macam tak tahu dah nak positifkan macam mana lagi diri aku. Yang pasti aku bersyukur sangat sebab waktu aku tengah dalam keadaan getir camnih, masih ada yang ambil berat. Masih ada yang setia di sisi aku. Yang tak putus putus bagi support dekat aku. Terima kasih Naim. Dia yang paling banyak tahu kisah hidup aku and dia yang paling faham aku. Rasa bersyukur sekurang nya aku ada tempat untuk luahkan rasa. Bersyukur sangat.

Aku nekad aku nak cepat habis belajar! Aku nak tolong family aku. Tapi, aku plan aku nak ceburkan diri dalam dunia perniaagan. Aku nak try berniaga kecik-kecik dulu lepas tamat asasi ni. Aku nak belajar berniaga. At least aku mampu cari duit poket sendiri. Harap Allah mudahkan aku. Aamiin. Masih berbaki 3 lagi paper untuk final ni. Doakan aku. InshaAllah, dak patenn ni kuat orangnya! :'D

Don't give up !

Terima kasih sudi baca ! :)

Mama, tunggu kakak di Syurga

7:20:00 PM | 2Comments
Assalamualaikum :'D

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke-6 aku dalam minggu final exam and aku dah berjaya get through 2 papers dah subjek ELC093 and subjek LAW039. :) Ada lagi 6 papers to go. fuhhhh. Pray for me guys. :'D For those yang ambil MUET for July paper, aku konfirm mesti korang dah pun tahu result korang dapat band apa. huhu. and yeah aku pun antara manusia yang ambil Muet for July paper andddd result aku dirahsiakan. kahkahkah. tunggu laa nanti aku update entry pasal MUET. hewww~

Mama :')

Mama aku ni seorang wanita yang sangat penyayang and jugak sangat garang. waktu aku kecik dulu, jelingan mama aku tu je dah cukup buat aku gerun. tak payah susah susah mak aku nak marah aku, jeling je dah cukup buat anak dia ni stop buat something yang dia tak suka. hahaha. dulu, aku dengan mama aku ni kira macam BFF forever. Dialah mama, dialah guru, dialah sahabat. She everything to me. :') since aku kecik, aku bukan jenis yang selalu keluar main dengan kawan kawan. Kalau gi main pun, aku main area rumah aku je takpun nak jauh sikit pi lah main dengan Diana anak makcik Mah sebelah rumah aku tu. Tapi aku lagi suka spend time dengan mama aku daripada berjimba dengan kawan kawan. Mama aku ni suka bercerita. Aku ingat lagi, mama aku dulu suka cerita macam macam kisah haiwan and paling best sekali bila mama aku cerita pasal "hantu bulu ketiak merah" and "hantu stokin". hahaha. dua cerita tu kalau mama aku cerita kat aku dengan adik aku, huhu memang cukup buat kiteorang takut nak gi tandas waktu malam. sampaikan sanggup tahan kencing sampai subuh. :p

Mama aku jugak sangatt terer masak. semua masakan dia memang perghhh sedapppp boh. tambah tambah masakan kampung. sedapppnya sampai boleh terasa rasa sekarang ni. :') waktu aku darjah 6 tak silap aku, mama aku pernah ajarkan satu resepi untuk aku. mama aku ajar masak udang goreng kunyit tapi versi mama aku udang goreng kunyit tu berkuah sikit. waktu aku berjaya masak tu, perasaan eksaited dia mengalahkan apa. punyaalah tak sabar nak tunggu papa ngn tokwan aku balik kerja rasa udang goreng kunyit yg aku masak. tu lah satu satunya resepi yg mama aku sempat ajar aku. :D

Dulu waktu aku umur 6 tahun, aku dah pandai baca buku cerita. rasa bangga sangat lah bila dah pandai baca ni. rasa macam dalam kelas tadika tu aku paling bijak lah. hahaha. buku pertama mama aku belikan dekat aku masa tu, kisah sang kancil dengan harimau. dok ulang ulang lah baca. Aku rapat sangat dengan mama aku sampai rasa tak boleh nak pisah. tiap kali mama aku nak pi kerja, mesti ada adegan nangis-peluk-tanak berenggang dengan mama aku. hahaha. sekali dengan adik aku pun sama. punyalah tanak pisah sampai camtu sekali. huhu. sungguh, aku rindu zaman kanak kanak aku. rindu zaman kene marah dengan mama, kena rotan dengan papa dekat punggung sebab kunci adik dalam bilik, main bunga api sampai tangan adik terluka, panjat pokok manggis pakai skirt. hahaha. tak sangka aku boleh tahan nakal jugak dulu. rotan dengan aku berpisah tiada. kahhh.

Tarikh hari ni merupakan Hari Jadi arwah mama aku. :') dah 5 tahun mama pergi meninggalkan aku, papa and tiga orang adik aku yang lain. Dulu aku selalu cakap dekat mama aku yang aku tak boleh pisah dengan mama aku, tak boleh berenggang kalau tak nanti aku akan menangis, aku takut. Tapi tak sangka dah lima tahun aku berpisah dengan mama. dan aku juga tak sangka aku mampu teruskan hidup aku walau tanpa dia dekat sisi sebab aku selalu rasa yang mama sentiasa ada sebelah aku. Sentiasa tersenyum dekat aku. Sentiasa perhatikan aku and bila aku tengah down gila, aku dapat rasa yang mama ada berikan aku semangat. Sebab tu aku cuba bangkit dan terus kuat. aku anak sulung and tanggungjawab yg aku pikul besar. Aku masih ada papa ada tiga lagi orang adik yang kuat gaduh, banyak cakap and kuat makan. Aku perlu kuat untuk dorang dan teruskan hidup ni jadi someone yang one day boleh bantu ramai orang. :')

Mama, tenang lah mama di sana. Kakak yakin mama dah bahagia dekat sana. Kakak masih ingat pesan mama dan nasihat mama sebelum mama pergi. InshaAllah mama, kakak akan berusaha untuk jadi orang yang berjaya dan mampu bantu keluarga kita. :') Selama Hari Jadi mama. Kakak sayang mama sangat-sangat. No one can replace u inside my heart. Di hati kakak, mama sentiasa 'hidup' and selalu perhatikan kakak dari jauh. :'D

Al-Fatihah.

Terima Kasih sudi baca ! :')

Ujian :')

6:56:00 PM | 2Comments
Assalamualaikum and Hi :')

          Sepatutnya sekarang masih duduk lagi di meja study menelaah untuk paper final exam bagi subjek yang akan datang Khamis ni. Tapi baru sekejap tadi dapat call dari papa. Tak syak apa apa pun sebab memang sehari akan ada dua atau tiga kali call papa. sehari tu kalau tak call perasaan bersalah datang menghimpit-himpit. --' dengar suara papa, hilang sedikit rindu di hati. kemain hati ni menjerit nak balik Taiping jumpa papa. Rindu tak habis lepas waktu Raya Haji yang lepas. :'( Rindunya dekat papa sampai dalam exam hall boleh hampir nak menitis air mata bila tiba tiba stuck dekat mana-mana soalan yang tak mampu nak dijawab. Rasa macammmmm "tu lahh, apasal study main-main lagi!". hurmm. :( tapi, alhamdulillah, paper pertama berjaya juga dijawab dengan baik. inshaAllah keputusannya juga baik.

          Lari dari tajuk. hurmm. Sebenarnya, aku tak tahu macam mana nak desribe apa aku rasa sekarang. perasaan aku yang aku tengah rasa sekarang. payah aku nak jelaskan sebab aku sendiri pun berperang dengan perasaan sendiri. see? complicated sangat feeling orang perempuan ni. aku sendiri pun kadang-kadang strees dengan diri sendiri sebab tak berjaya nak control perasaan diri sendiri. haihh. perasaan buruk yang hadir tu semua mainan syaitann. patut abaikan je tambah-tambah dalam minggu final ni. adaaa je masalah yang nak datang. sampai kadang aku jadi fed up. :/

          UJIAN. DUGAAN. siapa je manusia dekat muka bumi ni yang tak pernah merasa ujian. semua pernah rasa. semua pernah alami. semua pernah laluinya. bezanya sama ada kita boleh lauinya dengan baik atau tak. sama ada kita mampu harunginya, menggalasnya dengan semampu kita atau tak. ataupun kita hanya mengalah, putus asa dan terus mengambil sikap menyalahkan orang lain, menyalahkan takdir ataupun menyalahkan sesuatu perkara bila kita menghadapi sesuatu bernama UJIAN. :')

          Aku sendiri pun pernah mengalaminya. sedangkan sekarang pun aku baru dapat berita masalah yang family aku tengah hadapi sekarang. semestinya aku tak boleh bercerita dekat sini memandangkan ianya terlalu 'public'. cukuplah aku bagitahu yang masa sekarang perasaan tertekan, nak give up dan sewaktu dengannya memang sedang bermaharajalela dalam jiwa aku sekarang. :'(

kadang pernah terlintas, kenapa terlalu banyak yang perlu aku tempuhi? kenapa aku tak dapat hidup macam orang lain? kenapa aku tak dapat hidup macam apa yang aku inginkan? bila fikir balik, hidup ni kalau semuanya gembira, kalau semuanya bahagia, pasti aku tak mengharapkan untuk ke Syurga-Nya. :') Allahu Allah! aku tahu aku kuat, aku mampu hadapi ujian ni. aku ada baca satu website ni, dia cakap "jika diberikan kebahagiaan mahupun dilanda musibah, ucaplah ALHAMDULILLAH sebab Allah sedang menguji kita". :')

Jadi, apa pun yang hadir dalam hidup kita jangan lupa ucapkan Alhamdulillah sebab itu tanda kita merendah diri dengan setiap pemberiannya. takkan lah nak sombong dengan Pencipta sendiri? for sure, merugikan diri sendiri. ;'D apa yang aku perlu buat sekarang, muhasabah diri. Ya, mesti ada hikmahnya sesuatu yang terjadi dalam hidup aku ni. Allah tak berikan sesuatu itu tanpa sebarang sebab yang hanya Dia sahaja yang tahu. sooo, chill! kuatkan semangat fatin! gagahkan diri. aku ada berbaki 16 hari je lagi dekat Uitm Kedah ni untuk habiskan lagi 6 paper for final. :) please, doakan aku okey?


Terima kasih sudi baca ! ;')
COPYRIGHT © ALL RIGHT RESERVED BY FATIN ANNIS 2010-2016