Ujian :')

6:56:00 PM | 2Comments
Assalamualaikum and Hi :')

          Sepatutnya sekarang masih duduk lagi di meja study menelaah untuk paper final exam bagi subjek yang akan datang Khamis ni. Tapi baru sekejap tadi dapat call dari papa. Tak syak apa apa pun sebab memang sehari akan ada dua atau tiga kali call papa. sehari tu kalau tak call perasaan bersalah datang menghimpit-himpit. --' dengar suara papa, hilang sedikit rindu di hati. kemain hati ni menjerit nak balik Taiping jumpa papa. Rindu tak habis lepas waktu Raya Haji yang lepas. :'( Rindunya dekat papa sampai dalam exam hall boleh hampir nak menitis air mata bila tiba tiba stuck dekat mana-mana soalan yang tak mampu nak dijawab. Rasa macammmmm "tu lahh, apasal study main-main lagi!". hurmm. :( tapi, alhamdulillah, paper pertama berjaya juga dijawab dengan baik. inshaAllah keputusannya juga baik.

          Lari dari tajuk. hurmm. Sebenarnya, aku tak tahu macam mana nak desribe apa aku rasa sekarang. perasaan aku yang aku tengah rasa sekarang. payah aku nak jelaskan sebab aku sendiri pun berperang dengan perasaan sendiri. see? complicated sangat feeling orang perempuan ni. aku sendiri pun kadang-kadang strees dengan diri sendiri sebab tak berjaya nak control perasaan diri sendiri. haihh. perasaan buruk yang hadir tu semua mainan syaitann. patut abaikan je tambah-tambah dalam minggu final ni. adaaa je masalah yang nak datang. sampai kadang aku jadi fed up. :/

          UJIAN. DUGAAN. siapa je manusia dekat muka bumi ni yang tak pernah merasa ujian. semua pernah rasa. semua pernah alami. semua pernah laluinya. bezanya sama ada kita boleh lauinya dengan baik atau tak. sama ada kita mampu harunginya, menggalasnya dengan semampu kita atau tak. ataupun kita hanya mengalah, putus asa dan terus mengambil sikap menyalahkan orang lain, menyalahkan takdir ataupun menyalahkan sesuatu perkara bila kita menghadapi sesuatu bernama UJIAN. :')

          Aku sendiri pun pernah mengalaminya. sedangkan sekarang pun aku baru dapat berita masalah yang family aku tengah hadapi sekarang. semestinya aku tak boleh bercerita dekat sini memandangkan ianya terlalu 'public'. cukuplah aku bagitahu yang masa sekarang perasaan tertekan, nak give up dan sewaktu dengannya memang sedang bermaharajalela dalam jiwa aku sekarang. :'(

kadang pernah terlintas, kenapa terlalu banyak yang perlu aku tempuhi? kenapa aku tak dapat hidup macam orang lain? kenapa aku tak dapat hidup macam apa yang aku inginkan? bila fikir balik, hidup ni kalau semuanya gembira, kalau semuanya bahagia, pasti aku tak mengharapkan untuk ke Syurga-Nya. :') Allahu Allah! aku tahu aku kuat, aku mampu hadapi ujian ni. aku ada baca satu website ni, dia cakap "jika diberikan kebahagiaan mahupun dilanda musibah, ucaplah ALHAMDULILLAH sebab Allah sedang menguji kita". :')

Jadi, apa pun yang hadir dalam hidup kita jangan lupa ucapkan Alhamdulillah sebab itu tanda kita merendah diri dengan setiap pemberiannya. takkan lah nak sombong dengan Pencipta sendiri? for sure, merugikan diri sendiri. ;'D apa yang aku perlu buat sekarang, muhasabah diri. Ya, mesti ada hikmahnya sesuatu yang terjadi dalam hidup aku ni. Allah tak berikan sesuatu itu tanpa sebarang sebab yang hanya Dia sahaja yang tahu. sooo, chill! kuatkan semangat fatin! gagahkan diri. aku ada berbaki 16 hari je lagi dekat Uitm Kedah ni untuk habiskan lagi 6 paper for final. :) please, doakan aku okey?


Terima kasih sudi baca ! ;')

2 comments:

firohar said...

kuatkan semangat... muhasabah diri.. in shaa Allah.. peringatan tuk diri sy sendiri jugak..hihi..good luck paper nti...

Unknown said...

@Siti fironika : terima kasih Firo ! :'D

COPYRIGHT © ALL RIGHT RESERVED BY FATIN ANNIS 2010-2018