Bukan mudah nak kuat . . .

3:14:00 AM | 2Comments
Assalamualaikum.

Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Kadang bila datang perasaan putus asa tu aku rasa macam seolah hidup aku ni makin lama makin complicated. Mula rasa nak  berhenti belajar. Mula rasa macam dah malas nak fikir pasal semua yang aku tengah lalui. Sampai satu tahap aku boleh terfikir yang aku harap aku amnesia supaya aku tak payah nak rasa semua ni. Allah, beratnya ujian. Nak cakap yang aku mudah putus asa? Ya, kadang-kadang. Tapi, kalau aku terbawa-bawa perasaan putus asa tu, aku rasa memang tak lama aku boleh survive. Jadi, aku cuba. Cuba sebolehnya untuk terus kuat hadap semua ni. Cuba untuk terus tersenyum walau pada hakikatnya Allah je tahu apa yang aku alami sekarang. Nak cakap yang hidup aku ni banyak sangat ujian. Tapi aku cuba fikir positif. Kat luar sana lagi ramai family yang hidup dia lagi susah. At least, aku masih ada papa, ada family. Bersyukur !

Aku cuba sentiasa berfikiran positif walaupun masa tu aku rasa macam tak tahu dah nak positifkan macam mana lagi diri aku. Yang pasti aku bersyukur sangat sebab waktu aku tengah dalam keadaan getir camnih, masih ada yang ambil berat. Masih ada yang setia di sisi aku. Yang tak putus putus bagi support dekat aku. Terima kasih Naim. Dia yang paling banyak tahu kisah hidup aku and dia yang paling faham aku. Rasa bersyukur sekurang nya aku ada tempat untuk luahkan rasa. Bersyukur sangat.

Aku nekad aku nak cepat habis belajar! Aku nak tolong family aku. Tapi, aku plan aku nak ceburkan diri dalam dunia perniaagan. Aku nak try berniaga kecik-kecik dulu lepas tamat asasi ni. Aku nak belajar berniaga. At least aku mampu cari duit poket sendiri. Harap Allah mudahkan aku. Aamiin. Masih berbaki 3 lagi paper untuk final ni. Doakan aku. InshaAllah, dak patenn ni kuat orangnya! :'D

Don't give up !

Terima kasih sudi baca ! :)

2 comments:

Lieya Yaya :) said...

try laa atin , bt dropship dulu pun boleh . jual aksesori wanita n jual brg make up skrg tgh in .kuat taw atin :) smuaa akan rasa ptus asa .. tp berbalik pada diri je mcm mana nak bgun kan diri dri pts asa ..setiap jd ada hikmahnya :* stay strong syg . jumpaaa la akak . lama xjumpaaaaaaaaaaaaaa . atin dtg , akak masak . hahaha

♥Fatin Annis♥ said...

@Lieya Yaya :) : Huhu.. memang teringin nak buat dropship akak .. tapiii tapii tapiii tak tahu nak start dari mana ! .. huhuu. T^T InshaAllah, akan terus kuat ! >.< hehehe. Kalau ada transport, dah lama sampai rumah akak taw ! :p

COPYRIGHT © ALL RIGHT RESERVED BY FATIN ANNIS 2010-2016