Paling susah pilih tajuk -_-

2:10:00 PM | 0Comments
Assalamualaikum 

Rinduu .. ya, rinduu sangat nak menulis dekat sini.. huwaa.. aku banyak gilaa idea nak share dekat sini tapi tak tau la awat susah betul aku nak bangun, on kan laptop, log in blogger and click dekat 'post' lalu menggerakkan jari-jemari runcing aku (kahh.. runcing sangattt XD) untuk menulis dan berkongsi perasaan aku dekat sini.. huhu.. aku syak pada mulanya aku malas tapi disebabkan perasaan husnuzon yg menebal dalam diri, aku rasa komitmen aku yang banyak aku perlu pikul dalam dunia sebenar ni yang menyebabkan aku takde masa untuk update blog. well, at least sekarang ni aku berjaya jugak la update satu entry yang entah apa apa --' lebih kepada nak menghidupkan sikit blog aku ni.. T^T sadis sungguh hidup aku ni.. haihhhh..

Aku memang dah berazam lamaaa nak share cerita2 baru dekat sini sebab aku tahu aku jenis lupa lupa ayam sikit. bukan lah aku lupa langsung kan tapi kalau kenangan tu best aku memang nakk sangat abadikan kat blog aku so aku boleh nak flashback balik bila dah dewasa nanti.. huahuahua..

Jadi, entry kali ni aku khususkan kepada sesi luahan perasaan dulu lahh .. nanti aku update entry baru yang lebih bernyawaa and banyakk gambarrr.. entry ni takdakk gambaq nohh .. hahaha .. kan dah cakap entry luahan perasaan rindu dendam dekat blog.. lallalaa .. adios !

Permulaan yang baru ..

1:33:00 AM | 2Comments
Assalamualaikum and Hi :)

Akhirnyaaaaaaaa dapat jugak aku menjinakkan kembali diri aku dengan mengupdate satu entry baruuu .. *muka bangga .. Otak aku kemahenn banyakk gila mencurah curah idea nak cerita pasal life aku tapi jari jemari demokk aku ni seakan sukarr nak menaip atau lebih kepada tak tahu nak tulis cemana.. huhuhu.. Panjang tak mukadimah aku bagi malam ni.. Well, bab bab melalut ni serahkan je dekat aku. :p

Actually, aku kannn nak cerita aku bergelar part time worker dekat mall tempat aku kerja tu. Aku nak cerita pasal persediaan aku before sambung degree. Then aku penohh semangat tangkap gambar ubi keledek bagai sebab nak share resepi kuih keria yang aku buat.. Mwahahaha.. Walaupun maybe dah ramai expert buat kuih nih tapi aku nak share jugak tak kiraa. Last last semuaa tak jadii sebab laptop aku rosak! T^T Sedihh kodd sebab dengan laptop Asus Putih aku nih laa aku dapat layan anime sampai pukul 4 pagi. Rosak bukan sikit sikit pulak tu, motherboard dia yang rosak.. hahaha.. Memang parahhh lahh aku nak cekau duit baiki. Tapi alhamdulillah sebab laptop aku dah kembali pulih ! yeayyy ! Alhamdulillah.. :)

So, memandangkan aku banyakkk sangat nak cerita dekat blog nih makanyaa aku telah plan nak tulis semuaa yang aku dok rangka sekarang then aku publish entry aku ikut tarikh yang aku suka so tak nampak sangat lah blog aku nih bersarang ye dak..

***aku dah cakap mukadimah aku bagi memangg panjanggg >.<


Okeylahh .. Tajuk entry tu memang tak boleh nak gempak lagi dah.. Sengaja aku tulis tajuk gitu(padahal tak tahu nak bagi tajuk apa) sebab nak  kasi nampak macam best sikit.. huhu.. 

Aku sekarang ni telah pun melanjutkan pelajaran aku ke peringkat ijazah.. hee.. Alhamdulillah.. Rezaki Allah bagi dekat aku.. Course yang aku ambil ialah Pengajian Bahasa Melayu Bahasa Komunikasi Professional..(tak sure betul ke tak nama course sebab panjang sangat) anddd aku belajarr dekat Uitm Shah Alam! huhu.. serius besaq gilaaa uitm shah alam ni.. Sebab nya first time masuk aku semacam jakun 3 minit terawal tu. Yelahh, kat uitm merbok dulu takde lahh besar sangat kann.. huhu.. So far, aku baru je selesaikan pendaftaran kolej and pendaftaran akademik esok anddd aku boleh pulak tertinggal gambar aku ukuran pasport dekat rumah! haishh.. Harap esok smooth jela. >.< aku nak cerita lebih lebih pasal course and tempat aku belajar sekarang nih semacam mustahil buat masa ni sebab aku sendiri pun tak habis jelajah kampus tempat aku belajar nih. huhu..

Ermmm, rasanyaa yang ni je aku nak cerita dulu sebab sekarang pun dah nak dekat pukul 2 pagi and esokk aku kena bangun awal makanyaa aku kena tidur kalau tak esok pagi jenuh tahan ngantuk.. huhu..

With adik <3


Lepas ni inshaAllah aku akan share pasal firstt aku apply course ni then how aku hadap interview and sampailah aku jejakkan kaki di Uitm Shah Alam nih .. hee.. Nite !

Bila Janji Dicapati dan Dicanaikan ! --''

11:02:00 AM | 1Comments
Assalamualaikum.


Okey. Awal-awal lagi dah blank tak tau nak tulis apa. Dalam otak ni macam-macam dah dok rangka ayat. Banyakk betul nak habaq mai kat sini. Tapi sekarang blank. Okey. Bila banyak sangat nak share aku jadi blurrr kejap. Haihh. --'' Aku point kan saje lah apa yang aku nak cakap. hahaha.

     First, punca masalah utama aku ialahhhhh berkaitan dengan MASA ! ya, masa! sekarang ni, aku dah bekerja. Ceyhh. Buat part time jelaa mampuu. Tapi, memandangkan aku bekerja mengikut shift, jadi masa yang ada tu amatlah ciput. Sampaikan masa untuk diri sendiri pun takdakkk ! huwaaaa . Sedihhh. T^T Actually, banyak aku nak share pasal pengalaman aku dekat tempat kerjaa. Banyakkk. Tapiii tunggu waktu free aku dulu lahh. huhuhu. >.<

     Second, INTERNET. hahaha. Ni lah masalah aku tenggelamm teroih dalam dunia blog since 2010 dulu. Mwahahahaha. Korang faham-faham jelahh student macam aku. Mana mampu nak konsisten bayaq broadband. Hahaha. So, bila duit ni tak brapa nak hado, aku jadi seorang gadis yang sangatlah penjimat sekali. Internet pun yang paling murah aku langgan. Hahahahaha. Jadi, blog aku nih terpaksa tersadai begitu sahaja tanpa apa apa entry dari aku. T^T InshaAllah, Sejak bekerjaya ni mungkin lah kann aku boleh bayaq broadband yang berbulan tak berbayar.. wakakaka. Huduh sungguh perangai.

     Third, PART TIME JOB. Macam apa yang aku mention kat atas tuh, aku sekarang ni kira macam part time promoter dekat satu pasaraya nih. Huhuhu. Boleh lah takat nak cari pengalaman bekerja nih. Kadang rasa best kerja. Kadang tu rasa macam tak sabaqq nyaa nak berhenti. Tapi, kadang tu rasa macammm mereputt betull kerja as promoter nih. Takdak life gilaa. Huhuhu. InshaAllah, aku akan share pengalaman aku sebagai part time promoter. Hahaha. Saja nak share nanti aku dah sambung belajar boleh aku throwback balik. ekekeke.


Done ! Nak siap pi kerja. Assalamualaikum ! :)
COPYRIGHT © ALL RIGHT RESERVED BY FATIN ANNIS 2010-2018