Permulaan yang baru ..

1:33:00 AM | 3Comments
Assalamualaikum and Hi :)

Akhirnyaaaaaaaa dapat jugak aku menjinakkan kembali diri aku dengan mengupdate satu entry baruuu .. *muka bangga .. Otak aku kemahenn banyakk gila mencurah curah idea nak cerita pasal life aku tapi jari jemari demokk aku ni seakan sukarr nak menaip atau lebih kepada tak tahu nak tulis cemana.. huhuhu.. Panjang tak mukadimah aku bagi malam ni.. Well, bab bab melalut ni serahkan je dekat aku. :p

Actually, aku kannn nak cerita aku bergelar part time worker dekat mall tempat aku kerja tu. Aku nak cerita pasal persediaan aku before sambung degree. Then aku penohh semangat tangkap gambar ubi keledek bagai sebab nak share resepi kuih keria yang aku buat.. Mwahahaha.. Walaupun maybe dah ramai expert buat kuih nih tapi aku nak share jugak tak kiraa. Last last semuaa tak jadii sebab laptop aku rosak! T^T Sedihh kodd sebab dengan laptop Asus Putih aku nih laa aku dapat layan anime sampai pukul 4 pagi. Rosak bukan sikit sikit pulak tu, motherboard dia yang rosak.. hahaha.. Memang parahhh lahh aku nak cekau duit baiki. Tapi alhamdulillah sebab laptop aku dah kembali pulih ! yeayyy ! Alhamdulillah.. :)

So, memandangkan aku banyakkk sangat nak cerita dekat blog nih makanyaa aku telah plan nak tulis semuaa yang aku dok rangka sekarang then aku publish entry aku ikut tarikh yang aku suka so tak nampak sangat lah blog aku nih bersarang ye dak..

***aku dah cakap mukadimah aku bagi memangg panjanggg >.<


Okeylahh .. Tajuk entry tu memang tak boleh nak gempak lagi dah.. Sengaja aku tulis tajuk gitu(padahal tak tahu nak bagi tajuk apa) sebab nak  kasi nampak macam best sikit.. huhu.. 

Aku sekarang ni telah pun melanjutkan pelajaran aku ke peringkat ijazah.. hee.. Alhamdulillah.. Rezaki Allah bagi dekat aku.. Course yang aku ambil ialah Pengajian Bahasa Melayu Bahasa Komunikasi Professional..(tak sure betul ke tak nama course sebab panjang sangat) anddd aku belajarr dekat Uitm Shah Alam! huhu.. serius besaq gilaaa uitm shah alam ni.. Sebab nya first time masuk aku semacam jakun 3 minit terawal tu. Yelahh, kat uitm merbok dulu takde lahh besar sangat kann.. huhu.. So far, aku baru je selesaikan pendaftaran kolej and pendaftaran akademik esok anddd aku boleh pulak tertinggal gambar aku ukuran pasport dekat rumah! haishh.. Harap esok smooth jela. >.< aku nak cerita lebih lebih pasal course and tempat aku belajar sekarang nih semacam mustahil buat masa ni sebab aku sendiri pun tak habis jelajah kampus tempat aku belajar nih. huhu..

Ermmm, rasanyaa yang ni je aku nak cerita dulu sebab sekarang pun dah nak dekat pukul 2 pagi and esokk aku kena bangun awal makanyaa aku kena tidur kalau tak esok pagi jenuh tahan ngantuk.. huhu..

With adik <3


Lepas ni inshaAllah aku akan share pasal firstt aku apply course ni then how aku hadap interview and sampailah aku jejakkan kaki di Uitm Shah Alam nih .. hee.. Nite !

3 comments:

amira faqihah said...

tahniah :)

♥Fatin Annis♥ said...

@amira faqihah : Terima kasihh ! ;D

Beautorgeous World said...

Loving your blog <3
Would you like to follow each other on gfc? If you follow,let me know, i will follow back =))

http://beautorgeousworld.blogspot.com/

COPYRIGHT © ALL RIGHT RESERVED BY FATIN ANNIS 2010-2016